Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan diberikan kepada rakayat negeri Perak berumur tidak kurang 21 tahun dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak (Contract For Service) di Taska Lembaga Air Perak sebagaimana berikut.
Pendidik Taska (Wanita sahaja)
Majikan: Taska Lembaga Air Perak
Gaji: RM1,500.00
Lokasi: Ipoh, Perak
Tutup: 28 Januari 2026 (Rabu)
Syarat Kelayakan
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 45 tahun;
c) Sihat tubuh badan (tiada penyakit berjangkit);
d) Penyabar dan menyayangi kanak-kanak;
e) Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
f) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
g) Memiliki Sijil Kehadiran dan Sijil Kursus Asuhan Permata (KAP); atau
h) Memiliki Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
Permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut :
PENGURUS BESAR,
LEMBAGA AIR PERAK,
MENARA AIR PERAK,
JALAN BASCO KEPAYANG 3,
BASCO AVENUE@KEPAYANG,
31400 IPOH.
(U.P : UNIT PERJAWATAN)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Januari 2026 (Rabu).
Kategori: Badan Berkanun | ID: 2026-01-28T09:17:42.564Z